Monday, December 1, 2008

Mineral Untuk Kegunaan Masa Depan

Kebanyakkan negara termasuk Amerika Syarikat, China dan India mula membesarkan simpanan sumber asli mereka. Ekonomi global tidak memerlukan negara-negara ini menggunakan bahan-bahan api ini dengan banyak tetapi sebaliknya disimpan dalam bentuk stok penimbal. Negara-negara ini membeli mineral-mineral dan sumber-sumber asli daripada negara lain untuk kegunaan tempatan. Tindakan ini mesti mempunyai alasan yang munasabah dari segi ekonomi.

Perlombongan mineral tidak pernah diklasifikasikan sebagai mesra alam. Tiada satu istilah seperti Perlombongan Lestari. Kaedah-kaedah perlombongan senantisa dikaitkan dengan kemalangan kerja, kemerosotan kualiti alam sekitar dan kesan secara langsung kepada persekitaran sekeliling.

Kebanyakan negara yang mundur, masih menentang perlombongan. Kita dapat melihat kesan sampingan perlombongan ini dengan jelas. Penyakit dan kesan kepada alam sekitar bukan saja dapat dilihat dalam bentuk gambar tetapi juga klip video yang terdapat dalam internet untuk rujukan masyarakat dunia.

Sebagai sebuah negara yang membangun, kita perlu melihat kepada sumber asli negara yang mengalir ke tapak pelupusan sampah. Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara 2007 menjanjikan bahawa bahan-bahan sumber ini dapat dimasukan semula ke dalam aliran. Dalam hal ini, Kajian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment) telah membuktikan penggunaan semula bahan-bahan ini boleh dilakukan dan telah banyak dipraktiskan di negara maju.

Kita perlu mempraktiskan amalan 3R untuk memastikan sumber mineral bumi ini digunakan dengan sebaiknya. Negara ini dan sumbernya merupakan sesuatu yang kita kongsi bersama anak-anak dan cucu-cucu kita. Ia adalah tanggungjawab kita untuk memeliharanya bagi kegunaan meraka pada masa hadapan.

Kesan Aktiviti Perlombongan
• Kemusnahan hutan disebabkan pembersihan yang dilakukan untuk aktiviti perlombongan
• Kehilangan habitat flora dan fauna
• Pencemaran alam disebabkan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengekstrakan mineral serta proses-proses lain yang terlibat.
• Penggunaan tenaga dan air yang banyak

Sumber Maklumat :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

3 comments:

Deejayeesa said...

Kira ok la tuu...buat permulaan

sembang pagi said...

Boleh tumpang bisnes sekali. Jangan lupa kawan-kawan

Deejayeesa said...

ok la tu